Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, keperluan utama ketika ini adalah bekalan air bersih, makanan yang siap dimasak, pek makanan bayi dan pesakit, ubat-ubatan, pakaian dan selimut, alas tidur serta pek kebersihan diri.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) memberitahu, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim turut bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia untuk mendapatkan maklumat terkini selain bersiap siaga menghantar wakil bagi menghulurkan bantuan kecemasan.